Telefon bimbit, wang tunai serta kad sim dirampas pihak polis untuk tindakan lanjut.

BAU: Seorang lelaki disyaki ejen judi dalam talian ditahan di sebuah rumah di Kampung Serasot, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek, 41, ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau kira-kira jam 4 petang.

“Suspek ditangkap kerana disyaki menjalankan kegiatan penjualan judi dalam talian.

“Polis turut merampas seunit telefon bimbit, sekeping kad sim dan sejumlah wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Suspek ditahan di sebuah rumah di Kampung Serasot.

Suara Sarawak