KUCHING: Empat lelaki ditahan semasa serbuan kerana disyaki terlibat dalam aktviti penyalahgunaan dadah di Petra Jaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kesemua suspek ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayaha Narkotik IPD Kuching kira-kira jam 2.28 petang.

Empat suspek ditahan bersama barang rampasan ketika diserbu sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching.

“Hasil pemeriksaan, pasukan serbuan telah merampas dadah disyaki syabu dianggar seberat 5.08 gram bernilai RM508.

“Kesemua suspek juga didapati positif amphetamine/ methamphetamine dan dua daripada empat suspek tersebut mempunyai dua rekod lampau dadah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Jelasnya, kesalahan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dikenakan denda tidak kurang dua tahun tetapi tidak lebih daripada lima tahun dan disebat tidak kurang dari tiga sebatan tetapi tidak lebih dari sembilan sebatan.

Manakala, kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM500 atau hukum penjara tidak lebih daripada dua tahun.

Sehubungan itu beliau mengalu-alukan maklumat orang awam berkaitan aktviti penyalahgunaan dadah.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak