PILIHAN JUARA….Pasukan Jas Sambir.

KUCHING: Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan Kampung Sambir, Asajaya (Piala Pusingan Adun Asajaya, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah) Edisi Ke-54 memasuki peringkat separuh akhir.

Menghimpunkan empat pasukan terbaik yang akan berentap memburu tiket ke pentas perlawanan akhir pada Isnin nanti.

Pengerusi Kelab Bola Sepak Sambir Bistari (KBSB), Jalek Jafar memberitahu, aksi separuh akhir berlangsung petang esok.

Pasukan Mix A akan menentang Jas Sambir F C (1.45 petang).

Disusuli perlawanan separuh akhir kedua yang menyaksikan pertembungan GTA Telaga Air dan SHOAW Kuching pada 2.45 petang.

Menurut Jalek, pihaknya menjangka pertembungan sengit akan berlaku membabitkan kedua-dua perlawanan tersebut.

“Semua pasukan mahu memastikan kemenangan untuk layak ke perlawanan akhir pada Isnin nanti,” ujar Jalek kepada Arena Suara Sarawak.

Suara Sarawak