SEBUYAU: Sejumlah 27 pasukan berentap untuk memburu gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran Piala ADUN N.27 Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi 2022 merangkap Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak.

Dengan saingan pusingan kedua bermula esok dan enam perlawanan dijadual berlangsung membabitkan 12 pasukan.

Pengerusi pertandingan Osman Jamel memberitahu, tiga perlawanan berlangsung pada sebelah pagi.

Perlawanan pertama mempertemukan Rajuma 2 menentang Armada SV (8:00 pagi), Vet Tap FC menentang KLP Vet ( 9:15 pagi) serta SBM FC akan menentang Tomang FC (10:15 pagi).

Tiga lagi perlawanan berlangsung sebelah petang. Rajuma 1 akan menentang Vet Muara Tebas (2:00 petang), Yanzan akan menentang Dejavu (3:15 petang) dan Kuek Kee akan menentang Play Boy Pencen (4:25 petang).

“Kita menjangka saingan lebih sengit berlangsung membabitkan kesemua perlawanan esok hari,” ujar Osman kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Osman, kejohanan anjuran Parti Pesaka Bumiptera Bersatu (PBB) Cawangan N.27 Sebuyau dijangka berakhir pada 5 Jun nanti.

Tambah Osman, pasukan yang berjaya muncul juara akan menerima hadiah wang tunai RM2,500 beserta piala dan jersi, manakala naib juara bakal menerima wang tunai RM1,500, piala dan jersi

“Pasukan yang meduduki tempat ketiga akan menerima wang tunai RM1,000, piala dan jersi.

“Berbanding wang tunai RM500 dan piala untuk pasukan yang menduduki tempat keempat,” jelas Osman lagi.

PILIHAN POPULAR….Pasukan Tomang FC.

Suara Sarawak