Datin Sri Feona Sim @ Norjanah

KUCHING: Isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datin Sri Feona Sim @ Norjanah meninggal dunia pada jam 6 petang tadi.

Allahyarhamah, 70, disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di Pusat Perubatan Borneo di sini.

Allahyarhamah berkahwin dengan Wan Junaidi pada tahun 1972 di Rumah Sarawak yang didiami Allahyarham Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub yang juga merupakan ‘bapa angkat’ kepada Allahyarhamah.

Perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sharifah Fariah, 49; Sharifah Nong-Jasima, 38 dan Sharifah Nuril Barieyah, 29.

Jenazah akan dibawa ke kediamannya pada malam ini dan solat jenazah akan dilakukan pada jam 9.00 pagi esok.

Sejurus selepas itu, allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang pada jam 10.00 pagi.

Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka akan hadir untuk solat jenazah esok.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Al-fatihah.

Suara Sarawak