KUCHING: Bekas jaguh tenpin boling Para Sukma Sarawak, Jimmy Siang, 62, terus mendapat kepercayaan bagi menerajui tampuk kepimpinan Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Sarawak (PTBPNS).

Ia betikutan kemenangan tanpa bertanding untuk jawatan nombor satu badan induk berekenaan pada Mesyuarat Agung Dwitahunan PTBPNS 2022-2022 yang berlangsung di Dewan Pusat Kecemerlangan Orang Kelainan Upaya (OKU) Sarawak baru-baru ini.

Sekali gus, mengekalkan portfolio berkenaan untuk dua penggal berturut-turut.

“Terima kasih kepada semua pihak yang masih memberi kepercayaan kepada saya.

“Apa yang saya harapkan kerjasama serta sokongan berterusan daripada semua pihak selepas ini bagi mencapai misi memperkasakan pembangunan sukan tenpin boling membabitkan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU),” ujar Jimmy kepada Arena Suara Sarawak.

Jawatan Timbalan Presiden PTBPNS milik Abang Yusdi Abang Annuar yang berjaya mengenepikan pencabarnya.

Sementara itu, Myron Khoo Hock Ming dilantik sebagai Setiausaha Agonu PTBPNS.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI….Barisan Exco PTBPNS 2022-2024 turut merakam gambar kenangan pada majlis ramah tamah.

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak