Uggah bercakap pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Hari Gawai Tahun 2022 di Kuching, hari ini. – Ramidi SubarKUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak perlu menjalankan kajian membabitkan sebarang kebakaran di rumah panjang.

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak perlu menjalankan kajian membabitkan sebarang kebakaran di rumah panjang.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kajian tersebut dijadikan panduan untuk Kerajaan Sarawak dalam mencegah kebakaran.

“Diharap bomba dapat membimbing kita dan membantu Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk pendekatan yang lebih baik.

“Sekiranya berlaku insiden kebakaran di sesuatu tempat, ia tidak menjejaskan semua orang,” katanya pada sidang media ketika ditanya mengenai pembinaan dinding penebat api bagi setiap rumah panjang.

Uggah sebelum ini menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Hari Gawai Tahun 2022 di Ibu Pejabat JBPM Sarawak, di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, sejumlah maksimum RM70,000 bantuna disediakan oleh kerajaan untuk satu pintu rumah panjang yang terbakar.

Sementara Pengarah JBPM Sarawak Datuk Khirudin Drahman berkata, semua rekaan pada rumah panjang baharu ketika ini mempunyai dinding penebat api.

Suara Sarawak