KUCHING: Kejayaan muncul sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Piala Veteran Kampung Sambir, Asajaya 2022 baru-baru ini cukup jelas memperlihatkan kredibiliti pasukan Katahil FC di kelas tersendiri.

Katathil FC berjaya menumpaskan Sri Muara (Kampung Muara Tebas) dengan jaringan (3-2) menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan untuk masa penuh perlawanan.

Sekali gus, mengimbau kembali zaman kegemilangan skuad terbabit yang masih menghimpunkan sebilangan pemain sama ketika penampilan pada era 80-an.

MASIH HEBAT….Pemain Katahil FC.

Ketua Pasukan Katahil FC Kamarul Sulaiman memberitahu, memang cukup gembira apabila berjaya merangkul gelaran juara baru-baru ini meskipun situasinya agak berbeza.

“Kejayaan muncul juara baru-baru ini bagaikan mengimbau kembali zaman ketika penampilan kami pada era 80-an.

“Sebilangan besar pemain era tersebut masih lagi berkeupayaan beraksi bersama pada saingan yang baru lepas,” ujar Kamarul kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Kamarul, apa yang mencuri tumpuan disebalik penampilan pemain pada kejohanan baru-baru ini ialah kemahiran individu yang dimiliki mereka masih lagi hebat.

Namun dalam masa yang sama beliau mengakui tahap kecergasan pemain veteran ini jauh berbeza berbanding sebelumnya.

Suara Sarawak