RAI JARINGAN…Mohamad Alif Hassan (tengah) bersama rakannya meraikan jaringan. – FOTO GHAZALI BUJANG

KUCHING: Skuad Kuching City FC (KC FC) berjaya meraih tiga mata berharga selepas mencatat kemenangan tipis (2-1) ke atas Perak FC di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi.

Gol pertama dijaringkan Mohamad Alif Hassan menerusi sepakan sudut yang terus menerjah ke gawang pada minit ke-37.

Selain gol kedua dijaringkan Abu Kamara yang mudah menyambung tandukan rakannya Aylton Ferreira Ananias pada minit ke-59.

Gol tunggal pasukan pelawat dijaringkan Mohammad Hakimi Mat Isa pada minit ke-63 menerusi sepakan penalti.

Aksi bertenaga diperaga anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim sepanjang perlawanan.

Enam peluang terbaik dimiliki masing-masing menerusi Joseph Kalang Tie, Mohammad Alif Hassan, Abu Kamara, Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman.

Namun, percubaan dilakukan gagal menembusi gawang pasukan pelawat.

Ia merupakan kemenangan keempat The City Boys yang kembali meletakkan mereka ditangga keempat, menggumpul 14 mata selepas mengharungi lapan perlawanan.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak