KUCHING: Lelaki berusia 41 tahun dijatuhi hukuman denda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, Julai tahun lalu.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap tertuduh Abdul Hafiz, yang berasal dari Kampung Pasir Pandak sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 (Akta 234), memasukkan dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine ke dalam badannya di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching, kira-kira jam 3.00 petang, 10 Julai 2021.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suara Sarawak