Lelaki mati dipercayai terjatuh dari Wisma Saberkas

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati di Wisma Saberkas, di sini hari ini.

Menurut saksi, mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat atas bangunan berkenaan kira-kira jam 1 petang.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Jelasnya, mangsa yang meninggal dunia berumur 42 tahun.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Suara Sarawak