BAU: Seorang lelaki maut setelah kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas di KM 14.5, Jalan Bau-Batu Kawa, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Bingkok John berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 10.40 pagi ketika mangsa, 39, dipercayai keluar dari Simpang Musi menghala ke Batu Kawa.

Katanya, mangsa telah bertembung dengan sebuah bas dari arah Kuching menghala ke Lundu.

“Akibat daripada kemalangan ini, mangsa telah mengalami kecederaan patah kedua-dua tulang rusuk dan pendarahan dalaman perut.

“Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Bau untuk menerima rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 1.06 petang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu katanya, pemandu bas terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes disiasat di bawah Sekysen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lelaki maut terbabit kemalangan dengan bas

Suara Sarawak