BERJAYA LOLOS…Penyerang KC FC, Joseph Kalang Tie (kiri) berjaya melepaskan diri dari kepungan pemain Terengganu FC II pada perlawanan tersebut. – FOTO GHAZALI BUJANG

KUCHING: Kuching City FC (KC FC) gagal menggunakan kesempatan beraksi di laman sendiri untuk beroleh sebarang mata apabila diaib dengan kekalahan teruk (5-1) ketika menentang Terengganu FC II di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi.

Bintang penyerang berbeza persepsi mereka, Jordan Mintah dan Mohamad Hakimi Abdullah penyumbang kemenangan bergaya wakil dari pantai timur itu apabila masing-masing meledak dua gol.

Dua gol Jordan Mintah dijaringkan pada minit ke-16 dan 90(+2), sambil dua Mohamad Hakimi Abdullah yang berjaya dijaringkan pada minit ke-21 dan 31.

Satu lagi gol Terengganu FC II hasil jaringan sendiri pemain pertahanan KC FC, Mazwandi Zakeria minit ke-84.

Gol tunggal KC FC pula dijaringkan Mohamad Alif Hassan menerusi sepakan percuma dilakukannya pada minit ke-34.

Aksi kurang tersusun diperaga pemain tuan rumah sepanjang babak pertama sehingga menyaksikan tiga gol mudah berjaya dihasilkan pemain pasukan pelawat.

Berbanding perubahan corak permainan dibabak kedua yang tampak lebih bertenaga malah turut berpeluang untuk menambah koleksi jaringan sekiranya percubaan dilakukan jentera serangan menepati sasaran.

Apa pun, kekalahan itu masih mengekalkan kedudukan KC FC di tangga kelima, menggumpul 11 mata selepas mengharungi tujuh perlawanan setakat ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak