KUCHING: Kejayaan mengatasi UiTM FC dalam kempen Piala FA 2022 sebelum ini tidak boleh dijadikan ukuran untuk mencetak kemenangan seterusnya ke atas lawan yang sama pada pertemuan kedua saingan Liga Premier 2022 di Stadium UiTM FC Shah Alam malam esok.

Sebaliknya, juragan berpengalaman luas, Irfan Bakti Abu Salim mengingatkan anak-anak buahnya agar lebih berwaspada, dengan mengambil kira aksi lebih bertenaga bakal diperaga skuad kendalian Ismail Ibrahim sepanjang tempoh 90 minit kelak.

“Kita menjangkakan aksi lebih sengit malam esok kerana pasukan lawan pasti lebih bersedia untuk mengharungi perlawanan kedua ini,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau turut menganggap perlawanan malam esok pentas terbaik pasukan UiTM FC membalas dendam kekalahan tempoh hari.

Irfan pada masa sama akan menurunkan barisan kesebelasan terbaiknya.

The City Boys kini menghuni tangga ke-6 dan mengumpul tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan.

Suara Sarawak