KUCHING: Sebanyak 16 pasukan akan beradu nasib bagi memburu gelaran juara dalam kempen Liga Serian 2022 yang akan bermula Sabtu ini.

Kesemua pasukan terbabit dibahagi kepada empat kumpulan.

Bagi kumpulan A, ia terdiri daripada MK 22 FT, TBS 22, KRM Junior FC, SS 17 FC manakala pasukan dari Kumpulan B pula terdiri daripada BELFA FC, Serian Police Football, RAGAI FC, SERDIC FC.

Seterusnya adalah Kumpulan C yang menghimpunkan pasukan seperti Marr Reds, Power Rangers JR, Beaver FC, Rentap FT dan kumpulan D menampilkan pasukan seperti XMSS Serian United, MDH FC, TBT 22 dan Bung Abut FC.

Sepanjang liga itu berlangsung kelak, dua gelanggang iaitu Kompleks Sukan Serian dan Kompleks Sukan Siburan akan diguna pasukan bertanding.

Majlis perasmian Liga Serian 2022 berlangsung Sabtu ini di Kompleks Sukan Serian dan akan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, Johan Ilus.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak