KUCHING: Sarawak United FC (SU FC) gagal meraih tiga mata penuh selepas tewas tipis (2-1) kepada Negeri Sembilan FC (NS FC) pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya, di sini, malam tadi.

Walaupun selesa mendahului pelawat menerusi gol awal jaringan Boris Kok minit ke-51.

Kelebihan tersebut tidak kekal lama apabila NS FC bangkit dengan mengubah kedudukan kepada (2-1) menerusi jaringan Herold Mark Guolon (penalti) minit ke-64 dan Mathew Alves Leandro minit ke-69.

Musibah berganda menimpa kem SU FC pada perlawanan tersebut apabila penjaga gol, Mohd. Sharninee Allawee dilayangkan kad merah pada akhir saingan kerana menangkap bola dengan sengaja di luar petak penalti.

Ia sekali gus merupakankekalahan keempat buat anak-anak buah B. Sathiananthan selepas melalui tujuh perlawanan. Kekal ditangga kedua tercorot, dengan empat mata keseluruhan.


CAPTION: – REBUT…Penyerang SU FC, Nur Shamie Iszuan Amin (kiri) berebut dengan Harold Mark Goulon (kanan) pada perlawanan malam tadi. – FOTO ALIF NONI

Suara Sarawak