KUCHING: Sarawak United FC (SU FC) berjaya meraih kemenangan kedua mereka musim ini selepas menumpaskan Sri Pahang FC (2-1) di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Dua gol penting anak didik B.Satiananthan tersebut masing-masing disumbangkan oleh Nur Shamie Iszuan Amin minit ke-55 dan Uche Agba minit ke-73.

Manakala gol pasukan tuan rumah berjaya dijaringkan oleh Manuel Federico Hidalco Hasparini minit ke-45 (+3).

Dalam pada itu, aksi cukup hebat turut diperaga oleh pemain terutama pada babak kedua.

Dalam keadaan rangkaian kesebelasan utama dipertaruhkan bekas pengemudi skuad kebangsaan itu seakan tertekan apabila ketinggalan dengan satu gol pada babak pertama.

Kemenangan tersebut menyaksikan SU FC kini menggumpul tujuh mata selepas mengharungi lapan perlawanan setakat ini.

Page: Sarawak United FC Official

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak