KUCHING: Majlis Ramah Mesra Aidilfitri dan Pra-Gawai Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan di Dewan Mesra Simunjan semalam berlangsung dengan meriah.

Lebih 2,000 pengunjung pelbagai suku kaum serta peringkat umur berbeza mewakili kampung dalam kawasan Dun tersebut hadir bagi menjayakan majlis berkenaan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri turut hadir sekali gus menyempurnakan perasmian majlis berkenaan.

Sepanjang berlangsungnya majlis berkenaan, pelbagai acara sampingan dilaksanakan seperti persembahan nyanyian lagu raya, tarian kebudayaan suku kaum iban dan sebagainya.

Menariknya, masyarakat setempat yang datang berhimpun di majlis berkenaan turut berkesempatan menikmati pelbagai makanan tradisional, kuih-muih yang menjadi kelaziman dihidang setiap kali lebaran mahupun Gawai Dayak.

SILATURAHIM…Datuk Seri Nancy dan Awla Dris (duduk ditengah) sempat merakam gambar kenangan bersama sebahagian tetamu yang hadir di majlis itu.
H- Majlis Ramah Mesra Aidilfitri dan Pra-Gawai DUN Simunjan meriah
KUCHING: Majlis Ramah Mesra Aidilfitri dan Pra-Gawai Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan di Dewan Mesra Simunjan semalam berlangsung dengan meriah.
Lebih 2,000 pengunjung pelbagai suku kaum serta peringkat umur berbeza mewakili kampung dalam kawasan Dun tersebut hadir bagi menjayakan majlis berkenaan.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri turut hadir sekali gus menyempurnakan perasmian majlis berkenaan.
Sepanjang berlangsungnya majlis berkenaan, pelbagai acara sampingan dilaksanakan seperti persembahan nyanyian lagu raya, tarian kebudayaan suku kaum iban dan sebagainya.
Menariknya, masyarakat setempat yang datang berhimpun di majlis berkenaan turut berkesempatan menikmati pelbagai makanan tradisional, kuih-muih yang menjadi kelaziman dihidang setiap kali lebaran mahupun Gawai Dayak.
ENDS/…..
RASMI…Datuk Seri Nancy (kiri) dan Awla Dris (kanan) memotong pulut kuning sebagai simbolik perasmian majlis berkenaan.

Suara Sarawak