PADAWAN: Masalah liputan telekomunikasi dan jaringan internet yang kurang memuaskan di Dun Mambong walaupun telah dibina menara akan diselesaikan segera.

Jerip ketika ditemui media selepas menyempurnakan taklimat isu-isu semasa Jabatan Penerangan Malaysia di Pejabat Kecil Daerah Padawan, di sini hari ini.

Adun Mambong Datuk Dr Jerip Susil berkata perkara itu mendapat perhatian Kerajaan Sarawak untuk tindakan selanjutnya bagi membolehkan syarikat telekomunikasi memasang piring satelit pada menara tersebut.

“Ini disebabkan oleh nilai komersial kerana syarikat telekomunikasi ini tidak berkenan untuk memasang piring satelit kerana tiada pulangan pelaburan.

“Kerajaan Sarawak menyedari kesemua masalah ini dan ia akan diselesaikan,” katanya kepada media selepas menyempurnakan taklimat isu-isu semasa Jabatan Penerangan Malaysia di Pejabat Kecil Daerah Padawan, di sini hari ini.

Sementara, Jerip yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan I berkata, Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengenal pasti syarikat untuk membina menara telekomunikasi di kawasan yang tidak mempunyai capaian yang memuaskan.

Katanya, pembinaan menara telekomunikasi tersebut akan menumpukan kawasan pedalaman dan kampung-kampung berdekatan sempadan.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak