LYDIA AMAN

KUCHING: Padah merusuh di sebuah kedai makan hingga menyebabkan kecederaan dua tahun lalu, tiga orang lelaki masing-masing dijatuhi hukuman RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh Tiong , 37, Tay, 41, dan Rajah Chung, 44, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mahkamah memerintahkan ketiga-tiga tertuduh dijatuhi hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama mengambil bahagian dalam rusuhan hingga menyebabkan kecederaan dalam satu insiden pergaduhan di Yi Jia Cafe, Jalan Pending, kira-kira jam 10.15 malam, 4 September 2020.

Oleh itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Menurut fakta kes, semasa kejadian pengadu bersama rakan-rakannya sedang makan dan minum di sebuah kedai makan telah didatangi beberapa orang lelaki yang tidak dikenali sekitar sepuluh orang.

Rakan pengadu terus bangun lalu melarikan diri, namun rakannya telah dikerjakan oleh beberapa orang lelaki tersebut dengan menetak mangsa.

Dalam kes terbabit, dua laporan tangkapan polis telah dilakukan pada 5 September bagi tertuduh pertama Tiong Boo Liang. Manakala, pada 7 September pula tangkapan untuk tertuduh kedua Tay Boon Nyee dan Rajah Chung Kong yang merupakan pengadu kepada laporan.

Hasil siasatan berdasarkan keterangan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati ketiga-tiga tertuduh terlibat dalam insiden berkenaan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili seorang peguam Lim Lian Kee.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak