Willie (tiga kiri) bersama Phillip (dua kanan) ketika perasmian Karnival Kerjaya Belia di Dewan Gunasama Kampung Skio, di sini hari ini.

BAU: Orang ramai tanpa mengira pekerjaan digalakkan untuk membuat caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Timbalan Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi Datuk Willie Mongin berkata, orang ramai disarankan untuk membuat caruman agar waris mereka layak menerima pencen penakat sekira berlaku sesuatu musibah.

Katanya, faedah tersebut akan dibayar secara bulanan kepada waris dan dibayar seumur hidup.

“Sekiranya apa-apa berlaku, kita layak mendapat pampasan insuran dan sekiranya meninggal dunia, waris juga boleh mendapat pencen penakat.

“Justeru, saya mohon kepada semua ketua masyarakat dan ketua kaumuntuk menguar-uarkan perkara ini,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival Kerjaya Belia anjuran Perkeso dan Pusat Khidmat Parlimen Puncak Borneo, di Dewan Gunasama Kampung Skio, di sini hari ini.

Sementara Pengarah Perkeso Sarawak Phillip Nangkan berkata, waris layak menerima pencen berkenaan apabila pencarum meninggal dunia atas sebarang sebab sebelum berumur 60 tahun dan disyorkan untuk ke pejabat Perkeso untuk diteleti kelayakkan.

 

Suara Sarawak