BINTULU: Seorang pekerja buruh maut dipercayai dilanggar lari di Lorong Permata 2, Tanjung Kidurong, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Bingkok John berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 5.15 pagi membabitkan seorang lelaki berumur 23 tahun.

Katanya, kemalangan membabit sebuah Perodua Kenari dan sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti.

“Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Sungai Plan hendak menuju ke Bandar Bintulu.

“Sampai di tempat kejadian, mangsa kemudian memberhentikan kenderaan dan keluar dari kenderaan untuk melintas jalan dan telah dilanggar oleh sebuah kenderaan yang bergerak dari arah hadapan laluan bertentangan yang tidak diketahui butir-butir kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi.

Tambahnya, mangsa dibawa ke Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak