KUCHING: Aktiviti riadah sekeluarga di kawasan rekreasi Sungai Rayu di sini, hari ini bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.01 petang apabila mangsa, perempuan berumur 17 tahun sedang mandi dan didapati lemas oleh ahli keluarganya.

Kemudian katanya, abang mangsa, 34, yang turut berada di lokasi bertindak untuk menyelamatkan mangsa namun kedua-duanya tidak berjaya menyelamatkan diri.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan, sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Batu Lintang digerakkan ke lokasi.

“PPDA melakukan mencari dan menyelamat (SAR) dengan selaman dalam radius 30 meter ke 40 meter di lokasi mangsa dikatakan lemas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa telah berjaya dijumpai dan didapati tidak bernyawa.

“Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi diisytiharkan tamat pada jam 6.47 petang.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Pasukan Bomba melakukan pencarian terhadap mangsa.

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak