KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City FC III (KC FC III), Firdaus Morshidi berharap pemain yang akan diturunkan pada perlawanan menentang Sarawak United FC III (SU FC III) di Stadium Miri petang esok dapat mengadaptasi pelan yang diguna pakai dengan sebaiknya.

Katanya ia sekali gus dapat menjelma kemenangan serta memperoleh tiga mata penting.

“Walaupun pemain telah melalui jadual perlawanan yang begitu rapat, tetapi saya yakin mereka akan cuba memberikan yang terbaik,” jelasnya kepada Arena Suara Sarawak.

Terdahulu Firdaus mengingatkan pemainnya agar tidak terlalu leka sepanjang saingan.

“Tuan rumah sudah tentu mengguna kelebihan bermain dilaman sendiri untuk cuba mencetak kemenangan,” tambahnya.

Sementara itu katanya, jika City Boys Junior mampu mencipta kemenangan petang esok, ia akan dapat merapat jurang pungutan mata dengan pesaing sedia ada.

The City Boys Junior kini berada di kedudukan kelima Kumpulan C.

Mengumpul empat mata, mencatat satu kemenangan dan sekali seri selepas mengharungi lima perlawanan.

JURULATIH KC FC III…Firdaus Morshidi.

Suara Sarawak