KE SUKU AKHIR….Pasukan Jas FC

ASAJAYA: Saingan peringkat suku akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan Kampung Sambir, Asajaya (Piala Pusingan Adun Asajaya, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah) Edisi Ke-54, bermula petang esok.

Dua pasukan iaitu Jas FC dan Tabuan FT antara calon terawal mencetak slot berentap dalam kelompok lapan terbaik itu.

Ia hasil kemenangan diperoleh ke atas lawan masing-masing sebentar tadi.

Jas FC mara selepas membelasah Lintah Darat (7-0). Berbanding kemenangan 4-4 dicatat Tabuat FT keatas Kabila FC menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-duanya terikat dengan jaringan (3-3).

Pengerusi Kelab Bola Sepak Sambir Bistari, Jalek Jafar memberitahu, perlawanan peringkat suku akhir akan bermula pukul 2.00.

“Lawan kedua-dua pasukan belum dapat diketahui kerana beberapa pasukan kini dalam usaha memburu slot berkenaan,” tegas Jalek kepada Arena Suara Sarawak.

Dalam pada itu, beberapa perlawanan pusingan ketiga juga turut berlangsung sebelah pagi esok.

Pendatang baharu, Katana FC akan menentang skuad serba mantap, Kanying Buyo (1.00 petang).

Disusuli perlawanan antara Manthez dan GTA selepas itu.

Suara Sarawak