Anggota bomba membantu memindahkan mangsa terjejas ke PPS Dewan Masyarakat Trusan.

LAWAS: Dewan Masyarakat Trusan, di sini, dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir berikutan hujan lebat dan hujan berterusan melanda daerah itu.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (Bomba) Lawas Azman Ibrahim, pusat ini dibuka hari ini ekoran air daripada kawasan hulu telah mula menaiki kawasan kampung berkenaan.

Katanya, mangsa terdiri daripada tujuh dewasa dan empat kanak-kanak yang dipindahkan selepas kediaman mereka di Kampung Tengah Trusan dinaiki air akibat hujan lebat dan banjir.

Anggota bomba membantu memindahkan mangsa terjejas ke PPS Dewan Masyarakat Trusan.

Turut dipindahkan empat mangsa terdiri daripada seorang warga emas wanita, dua lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa.

“Paras air di Sungai Trusan terus meningkat berikutan hujan lebat di hujan berterusan di kawasan hulu.

“Justeru, pihak Bomba kini masih memantau paras air di kampung-kampung lain yang dilanda banjir di sini,” katanya.

Anggota bomba membantu memindahkan mangsa terjejas ke PPS Dewan Masyarakat Trusan.

Suara Sarawak