Orang ramai menikmati juadah yang dihidangkan pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Hotel Pullman, hari ini.

KUCHING: Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg di Hotel Pullman, hari ini menerima kunjungan ribuan orang.

Majlis yang bermula jam 10 pagi menyaksikan begitu ramai pengunjung yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum.

Selain dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan, pengunjung turut disajikan dengan persembahahan nyanyian yang bertemakan Hari Raya.

Turut mengunjungi majlis ialah Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib yang tiba sekitar jam 2 petang.

Majlis rumah terbuka Abang Johari tamat sekitar jam 3 petang.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan) dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang (kiri) merakam gambar bersama-sama Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (dua kanan) dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib (dua kiri).

Suara Sarawak