KUCHING: Ribut petir dan hujan dijangka berlaku di beberapa daerah di Sarawak sehingga Isnin ini.

Berdasarkan ramalan cuaca yang dikeluarkan Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional
Jabatan Meteorologi Malaysia setakat jam 8 pagi ini, keadaan itu diramal kebanyakan berlaku pada waktu petang dan malam.

Pada petang ini jelasnya, ribut petir dijangka di satu dua tempat melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan dan Kapit.

“Manakala di kawasan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang pula akan berlaku hujan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, cuaca pada 15 Mei ini (Ahad) akan berlaku hujan di satu dua tempat membabitkan daerah Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri pada sebelah pagi.

“Seterusnya pada sebelah petang akan berlakunya ribut petir di Kuching, Serian dan Samarahan dan hujan di Miri serta Limbang. Sebelah malam pula berlaku hujan di Kapit, Miri dan Limbang,” ujarnya.

Sementara itu, cuaca pada pagi Isnin ini diramalkan tidak hujan di bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Keadaan cuaca pada petang pula, ribut petir dijangkakan berlaku di Kuching, Serian dan Samarahan dan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu.

“Pada sebelah malam hujan akan berlaku di Kapit, Miri dan Limbang manakala tiada hujan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu,” jelasnya.

Suara Sarawak