Hasidah ketika menjawab soalan Adun Kota Sentosa Wilfred Yap Yau Sin pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak Hari Kelima, hari ini.

KUCHING: Rundingan mengenai kelayakan geran khas Sarawak di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kini sedang diusahakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Bersama di bawah Mesyuarat Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, Kerajaan Sarawak telah meminta agar Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Bersama itu dapat diadakan dalam masa terdekat.

“Ia supaya formula semakan Pemberian Khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan dan perkara lain yang berkaitan dapat dibincang serta dipersetujui, untuk memastikan pemberian khas kepada Sarawak dapat diagihkan secara adil dan saksama,” katanya.

Hasidah berkata demikian ketika menjawab soalan Adun Kota Sentosa Wilfred Yap Yau Sin pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak Hari Kelima, hari ini.

Tambahnya, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menegaskan bahawa pemberian khas kepada Sarawak sepatutnya berdasarkan formula yang munasabah dan pragmatik.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak