PRESIDEN SABA…Datuk Rahman Lariwoo

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) akan menghantar petinju ke Kejohanan Tinju Golden Gloves 2022 yang akan berlangsung di Perlis bermula dari 20 hingga 26 Jun nanti.

Presiden SABA, Datuk Rahman Lariwoo memberitahu, barisan petinju skuad Sukma yang akan dipertaruhkan pada kejohanan tujuh hari itu kelak.

“Penyertaan petinju dalam kejohanan itu dilihat sebagai pentas terbaik menilai kemampuan mereka.

“Selain pendedahan terbaik untuk meningkatkan prestasi mereka,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Menurutnya lagi, ramai petinju dari negeri lain juga akan terliba dan ia peluang terbaik untuk mereka merasai aksi kompetitif sebenar.

Suara Sarawak