KUCHING: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) kanak-kanak dikhuatiri hilang dibaham buaya di Kampung Nyabut, Telaga Air, di sini ditangguh esok.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, operasi yang diaktifkan pada jam 10.30 pagi membabitkan pencarian sekitar lima Kilometer dari lokasi mangsa hilang.

Katanya, sepanjang pencarian SAR, masih tiada sebarang penemuan mangsa dan telah ditangguhkan pada jam 6.30 petang.

“Semasa pencarian kaedah di permukaan air dengan bantuan pihak polis lengkap senjata, pasukan SAR berjaya terserempak dengan seekor buaya jelas kelihatan timbul tenggelam di permukaan air.

“Namun tiada kelibat mangsa yang dibaham,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, kejadian yang menimpa kanak-kanak malang itu berlaku ketika mangsa bersama nenek dan kakaknya mengambil air di sungai.

Menurut saksi, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi dan mangsa dimaklumkan juga tidak timbul terus hilang di dalam air setelah kejadian.

Pasukan SAR melakukan pencarian di pemukaan air.

Suara Sarawak