KUCHING: Skuad Kuching City FC (KC FC) berjaya membawa pulang satu mata berharga selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Kelantan United FC di Stadium UiTM Shah Alam, malam tadi.

Ia merupakan keputusan seri kedua buat anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim selepas enam perlawanan dalam kancah Liga Premier 2022.

Aksi seimbang diperaga pemain kedua-dua pasukan sepanjang saingan.

The City Boys turut mempunyai beberapa peluang seoanjang tempoh 90 minit permainan.

Namun, percubaan dilakukan jentera serangan gagal menembusi gawang tuan rumah.

Lantas, menyaksikan The City Boys menggumpul 11 mata untuk berada dikedudukan kelima ketika ini.

Page : Kelantan United Football Club

Suara Sarawak