SUAI KENAL….John Ilus (kiri) diperkenalkan kepada pemain.

SERIAN: Bahagian Serian mampu menjadi lubuk dalam melahirkan bakat baharu sukan bola sepak pada masa akan datang.

Ia mengambil kira adanya penganjuran Liga Seria 2022 yang dilihat sebagai landasan terbaik merealisasi impian ke arah itu, sekali gus diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Adun Bukit Semuja John Ilus berkata, tidak mustahil untuk mencungkil bakat baharu dengan penglibatan pemain daripada pasukan bertanding dalam liga kali ini.

“Setelah lebih dua tahun tiada sebarang penganjuran acara sukan termasuk pertandingan bola sepak.

“Saya percaya, adanya penganjuran liga ini akan menjadi titik tolak untuk melihat kemunculan ramai bakat baharu dalam sukan bola sepak,” ujar beliau ketika berucap pada Majlis Perasmian Liga Serian 2022 di Kompleks Sukan Serian petang tadi.

MENANG BESAR….Pemain utama Marr Red.

Sebanyak 16 pasukan yang dibahagikan kepada empat kumupulan bakal beradu nasib bagi memburu gelaran juara edisi kali ini

Kumpulan A yang terdiri daripada MK 22 FT, TBS 22, KRM Junior FC, SS 17 FC. Kumpulan B pula terdiri daripada BELFA FC, Serian Police Football, RAGAI FC, SERDIC FC.

Kumpulan C pula menghimpunkan pasukan seperti Marr Reds, Power Rangers JR, Beaver FC, Rentap FT.

Sambil itu, pasukan seperti XMSS Serian United, MDH FC, TBT 22 dan Bung Abut FC diundi dalam Kumpulan D.

Dua gelanggang iaitu Kompleks Sukan Serian dan Kompleks Sukan Siburan ula digunakan sebagai lokasi

Sementara itu, dua pasukan dari Kumpulan C turun beraksi pada perlawanan pembukaan hari ini iaitu Marr Reds dan Power Rangers FC.

Tiga mata mudah diperoleh Marr Red selepas menang besar (5-2) ke atas pendatang baharu itu.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak