TEWAS…Kesebelasan utama pemain SU FC II.

KUCHING: Skuad Sarawak United FC II (SU FC II) turut gagal untuk meraih sebarang mata apabila tewas (3-0) ketika melayani kunjungan Sri Pahang FC di Stadium Negeri, Petra Jaya, semalam.

Sekali pun, mempunyai lima hingga enam peluang terbaik untuk menjaringkan gol.

Namun, percubaan dilakukan jentera serangan skuad kendalian Safri Amit gagal untuk menembusi gawang pelawat.

“Tiga peluang terbaik kita untuk menjaringkan gol, namun penyudah kurang berkesan,” ujar Safri kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil mengakui tiga peluang tersebut menyaksikan pemainnya hanya berdepan penjaga gol pasukan pelawat.

Menurut Safri, sekiranya kemenangan berjaya diperoleh pemainnya petang semalam pasti dapat menyaksikan pertambahan mata.

Skuad pelapis itu akan berdepan Kuala Lumpur City FC digelanggag lawan Isnin depan.

Suara Sarawak