SU FC III…Barisan kesebelasan utama SU FC III. (Bawah) KC FC III…Barisan kesebelasan utama KC FC III

MIRI: Hasrat Sarawak United FC III (SU FC III) untuk mengutip tiga mata gagal selepas hanya mampu mencatat keputusan seri (2-2) menentang Kuching City FC III (KC FC III) di Stadium Miri, petang semalam.

Jaringan dua gol pada masa kedua memastikan The City Boys Junior mengekang kemaraan SU FC III untuk meraih mata kemenangan pada perlawanan tersebut.

SU FC III sebelumnya mendahului dua gol menerusi jaringan Mohd Rahimin minit ke-12 dan Casey Lipa pada minit ke-53.

KC FC III bangkit di separuh masa kedua apabila kebuntuan gol ditamatkan Andrew Chundi pada minit ke-70 sebelum satu lagi gol penyamaan oleh Ricky Melis pada minit ke-82.

Pengurus Pasukan SU FC III, Nazri Ahmad Lai mengakui kealpaan pemain untuk mengekal corak permainan tersusun ke penghujung masa perlawanan antara salah satu faktor keputusan berakhir seri.

“Kita berjaya mendahului 2-0 pada awal perlawanan, masa 20 minit terakhir pemain leka dan kita juga dihukum dengan gol penalti.

“Seterusnya kita melihat mereka gagal untuk mengawal permainan selepas itu walaupun pads awalnya keputusan adalah memihak kepada pasukan kita,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Keputusan seri akan menjadikan mata KC FC III naik kepada lima mata manakala Sarawak yang berada di kedudukan keenam kumpulan C setakat ini mengumpul dua mata.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak