KUCHING: Kejayaan ratu terjun negara yang juga atlet kelahiran Sarawak, Datuk Pandelela Rinong meraih pingat emas dalam acara terjun 10 Meter Platform bersama-sama rakan sepasukan, Nur Dabitah Sabri pada temasya Sukan SEA Ke-31 Hanoi, Vietnam turut dikongsi seluruh rakyat Malaysia.

Tidak terkecuali Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Tahniah diucapkan kepada Pandelela atas kejayaan meraih pingat emas bersama-sama rakan sepasukan, Nur Dhabitah Sabri.

“Kejayaan mereka telah memastikan dominasi pasukan Malaysia dalam acara terjun di temasya sukan terbesar Asia Tenggara dengan memenangi kesemua pingat emas yang dipertandingkan,” ujar Karim.

Sambil turut gembira kerana dapat menyaksikan sendiri kelibat ratu terjun kelahiran Bumi Kenyalang itu dalam acara kegemarannya.

Turut sama menyaksikan penampilan ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu;

Sementara itu, pada kesempatan tersebut, Abdul Karim serta rombongannya sempat bertemu dan bermesra dengan atlet renang negara kelahiran Sarawak, Welson Sim yang akan berentap dalam acara renang 100 dan 200 meter gaya bebas di temasya sukan berkenaan.

KONGSI KEGEMBIRAAN…Abdul Karim l (dua kiri) dan Datuk Gerald Rentap Jabu (dua dari kanan) sempat merakam gambar bersama Datuk Pandelela Rinong (tengah).

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak