KUCHING: Ahli bina badan kelahiran Sarawak, Dr Malvern Abdullah berazam untuk terus menghadiahkan pingat emas buat negara menjelang kejohanan Sukan Sea 2022 di Hanoi, Vietnam.

Beliau mengakui segala latihan yang dijalani telah berjalan lancar dan kini hanya menunggu persiapan untuk mempersembahkan hasil tersebut ke pentas akhir kejohanan nanti.

Menyatakan harapannya, beliau berharap untuk membawa pulang pingat berkilauan emas.

“Persediaan buat masa kini adalah seperti yang dirancang (on point), kini saya hanya menunggu masa untuk naik ke atas pentas,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau ditemui pemberita di Baitulmakmur II hari ini selepas mengadakan kunjungan kepada Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Dedah Malvern, beliau akan berentap dalam dua kategori di temasya sukan SEA itu kelak iaitu kategori baharu bawah 65 Kilogram dan kategori campuran bersama atlet bina badan wanita dari Sabah, Meilaura Dora.

Malvern akan berangkat ke Bukit Jalil esok menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) ke Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seawal jam 7 pagi sebelum berangkat semula ke Hanoi pada Rabu.

SERAH…Simbolik penyerahan bendera Sarawak oleh Karim (kiri) kepada Malvern (tengah)

Suara Sarawak