Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) menerima kunjungan dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga emas, golongan orang kurang upaya (OKU) dan ramai lagi.

Suara Sarawak berkesempatan menemu-bual beberapa pengunjung di majlis tersebut.


Tang Linna, 35
Setiap kali Hari Raya, saya memang akan berkunjung ke rumah terbuka yang dianjurkan kecuali dua tahun yang lepas.

Kartini Majlan, 35
Sambutan rumah terbuka kali ini mengundang perasaan yang berbeza kerana sudah dua tahun tidak diadakan secara besar-besaran seperti ini. Walaupun agak kelam – kabut namun saya sangat gembira kerana dapat menikmati peluang ini sekali lagi bersama ahli keluarga dan saudara yang lain.

Mohd Aimannuddin Duin, 15
Saya sangat teruja meraikan majlis rumah terbuka yang diadakan hari ini. Ini bukan kali pertama menyertainya malah sebelum ini turut pernah datang ke sini meraikan majlis rumah terbuka bersama keluarga sebelum pandemik melanda. Saya harap majlis seperti ini akan terus diadakan pada tahun hadapan.

Dato Lakok, 46
Saya gembira namun dalam masa yang sama tetap takut akan penularan wabak Covid-19. Namun, saya tetap teruja untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini memandangkan sudah dua tahun kita tidak meraikannya dalam konsep yang sebenar.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak