BINTULU : Seorang wanita berdepan detik cemas selepas kereta Produa Axia yang dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Sibiew Perkuburan Kemunting di sini, semalam.

Mangsa yang berusia 30 tahun bernasib baik apabila hanya mengalami kecederaan ringan dalam insiden kira-kira jam 4.50 petang itu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu memberitahu, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4.53 petang.

Ketika kejadian mangsa dipercayai memandu seorang diri sebelum kenderaannya terbabas dan masuk ke dalam semak di bahu jalan itu.

“Ketika bomba tiba, mangsa telah pun berjaya keluar sendiri dari kenderaannya. Dia hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Sehubungan itu anggota bomba hanya melakukan pemantauan untuk memastikan keadaan selamat sebelum bertolak balik ke balai.

Operasi berakhir pada jam 5.15 petang.

Keadaan kenderaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Sibiew Perkuburan Bintulu, semalam. Foto BBP Bintulu.

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak