MERIAH… Datuk Ibrahim Baki turut hadir memeriahkan Ramah-tamah Hari Raya dan Pra-Gawai 2022 di Ibu Pejabat Suara Sarawak dan Sarawak Tribune di Metro City, Kuching semalam. • Foto GHAZALI BUJANG

KUCHING: Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini disambut meriah di seluruh negara, selepas dua tahun umat Islam meraikannya dalam kesederhanaan akibat penularan pandemik Covid-19.

Keterujaan sambutan itu diteruskan oleh kakitangan Ibu Pejabat Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune apabila kembali menganjurkan Majlis Ramah-tamah Aidilfitri dan PraGawai Dayak, semalam.

Dengan objektif mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kerja akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris tempatan itu, ia juga untuk menyemarakkan lagi sambutan perayaan dua agama berbeza berkenaan.

Dimeriahkan dengan kehadiran sekitar 200 kakitangan, majlis sambutan yang bermula jam 4.00 petang itu lebih bermakna apabila disempurnakan oleh Adun Satok Datuk Ibrahim Baki.

Bukan hanya hadir menjamu selera, Ibrahim turut menyantuni dan beramah mesra dengan semua kakitangan syarikat akhbar tempatan pilihan ramai tersebut.

Disajikan dengan pelbagai hidangan tempatan seperti nasi minyak, rendang ayam, daging masak itam, ketupat, lemang, kuih-muih tradisional tempatan, kek lapis dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune Dr Jeniri Amir turut hadir.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak