Nordin ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Tertinggi Jabatan Penjara Malaysia 2022 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 Zon Sarawak.

KUCHING: Seramai 21 pelajar di Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo mendapat keputusan cemerlang 100 peratus lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketua Pengarah Penjara Malaysia Datuk Nordin Muhamad berkata, ia menjadikan Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo antara sekolah Henry Gurney terbaik dalam negara menerusi keputusan SPM.

“Dari segi Gred Purata Sekolah (GPS), Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo mencatat 4.19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Tertinggi Jabatan Penjara Malaysia 2022 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 Zon Sarawak di auditorium Penjara Puncak Borneo, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Penjara Sarawak Mohamad Rosidek Musa.

Nordin menambah, seramai 101 pelajar Sekolah Henry Gurney seluruh negara menduduki SPM 2021.

Katanya, dua pelajar mendapat 7A, lapan pelajar (6A), 10 pelajar (5A), sembilan pelajar (4A) dan 19 pelajar (3A).

Beliau berkata, sekiranya tiada program pendidikan dilaksanakan dalam penjara, pelajar-pelajar ini akan tercicir peluang dalam pendidikan.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak