Tujuh mangsa perahu karam di Lubok Antu selamat

SRI AMAN: Tujuh individu yang berdepan detik cemas selepas perahu dinaiki mereka karam di perairan Resort Aiman, Lubok Antu ditemui selamat, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, kesemua mangsa yang terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita itu sudah selamat sampai di jeti Aiman Resort sebaik pasukan tiba.

Menurutnya, sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong bersama sebuah bot telah menuju ke lokasi bagi operasi menyelamat mangsa.

“Komander operasi mengesahkan kesemua mangsa dalam keadaan selamat tiba di jeti resort Aiman.

“Kesemua mereka seterusnya dibawa ke Hospital oleh pihak polis bagi pemeriksaan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.25 malam.

Terdahulu, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6.30 petang semalam tujuh mangsa masih terapung di sekitar bot karam dalam insidem terbabit.

BBP Betong telah digerakkan ke lokasi kejadian yang sejauh 70 kilometer. Perjalanan untuk sampai ke destinasi dianggarkan mengambil masa sekitar satu jam lebih.

SELAMAT…. Kesemua mangsa ditemui selamat

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak