RAKAMAN KENANGAN… Abang Johari (duduk tengah) bersama-sama dengan Juma’ani (lima kanan) merakam gambar kenangan dengan Penguang (lima kiri) dan tetamu kenamaan yang lain.

lKUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama-sama isteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang berkunjung ke rumah Timbalan Menteri Kesihatan Awam dan Perumahan Datuk Penguang Manggil pagi tadi.

Kunjungan ke rumah Penguang di Tabuan Laru dekat sini juga adalah bersempena dengan sambutan Hari Gawai.

Turut mengiringi adalah Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan isteri Datin Seri Enn Ong; Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi dan isteri Datin Saadiah Buji; serta Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman dan isteri Norazlin Sepawi; Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan Michael Tiang; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abu Bakar Marzuki; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk Wee Hong Seng dan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Antonio Kahti Galis.

Suara Sarawak