Abang Johari (kanan) ketika menerima kunjungan hormat daripada Dr Peter, di pejabatnya Wisma Bapa Malaysia, pagi tadi.

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Jerman Dr Peter Blomeyer, di pejabatnya Wisma Bapa Malaysia, pagi tadi.

Pada pertemuan itu, mereka membincangkan perkara berkaitan kerjasama dan peluang yang boleh diterokai daripada aspek ekonomi, pendidikan, pelancongan dan kesihatan pembangunan antara Sarawak dan Jerman.

Selain itu, ia juga membincangkan mengenai potensi Sarawak dari segi projek masa depan dalam teknologi hijau, infrastruktur, kesihatan, air dan pengurusan sisa dan pendigitalan.

Dalam kunjungan berkenaan, Sarawak juga menyatakan hasrat dan harapan untuk bekerjasama dengan Jerman pada masa hadapan.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak