Awang Sohor Awang Apek disahkan meninggal dunia pada jam 7.30 malam di Hospital Umum Sarawak pada Khamis.

KUCHING: Bapa kepada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lingga, Awang Sohor Awang Apek disahkan meninggal dunia pada jam 7.30 malam tadi di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun.

Ia disahkan sendiri oleh anaknya Noorazah Awang Sohor ketika dihubungi menerusi Whatsapp.

“Ya..Allahyarham disahkan meninggal dunia pada 7.30 malam.

“Jenazah akan diuruskan dan dikebumikan di tanah perkuburan islam di Sri Aman esok,” katanya.

Allahyarham merupakan seorang usahawan dan veteran politik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak penglibatannya dalam arena itu dari tahun 1968.

Perjalanan politiknya diturunkan kepada Noorazah dalam meneruskan kesinambungan perkembangan politik di Sri Aman khususnya Lingga.

Malah Allahyarham turut menjadi tunjang dan tulang belakang dalam sokongannya kepada Noorazah ketika beliau dicalon dan diangkat sebagai ADUN Lingga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 lalu.

Untuk rekod, Noorazah menang dengan majoriti 2,273 undi dalam pertandingan enam penjuru bagi kerusi tersebut.

ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor

Suara Sarawak