KUCHING: Kejohanan Bola Baling Terbuka Sarawak 2022, Piala Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Edisi Ke-15 (Kategori Lelaki) dan Piala Datuk Abdul Rahman Junaidi Edisi Ke-11 (Kategori Wanita) disingkap tirainya pagi tadi.

Sekali gus bermula pemburuan gelaran juara buat 32 pasukan terlibat.

Merangkumi 18 pasukan dalam kategori lelaki, selain 14 pasukan dalam kategori wanita.

Perlawanan dengan format liga kumpulan pada peringkat awal itu membabitkan pasukan dalam kategori lelaki berlangsung di Stadium Perpaduan, Petra Jaya.

Berbanding perlawanan untuk kategori wanita berlangsung di Stadium Tertutup UNIMAS, Kota Samarahan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Baling Sarawak (SAHA), Dr Abang Ismail Abang Julhi menegaskan, perlawanan berlangsung sepanjang hari di kedua-dua gelanggang terbabit.

“Dari apa yang kita perhatikan. Saya percaya aksi lebih hebat bakal diperaga pemain pasukan kedua-dua kategori itu kelak,” tambah beliau.

Pasukan yang bersaing kali ini menghimpunkan wakil kelab handalan dari Sarawak selaku tuan rumah.

Di samping beberapa kelab dari negeri Sabah dan Selangor.

Pasukan yang berentap dalam kategori lelaki ialah Masbro, Rajang HC, PSK, X-Lion A, X-Lion B, Samarahan Old Boys, Matang Jaya HC, PBBKK-X, PBBKK-Y, Sandakan Venom, MJ Galaxy, HC Falcon, Fam Union, UiTM KS, Jungleblitz, Seahorse, Miri, SSC dan j-Mysh, Miri.

Sementara itu, pasukan yang bersaing dalam kategori wanita pula ialah Rajang HC, Perempuan HT, Trial HC, Elite HC, PSK, Fam Union, SSeni, X-Lion, UiTM KS, Jungleblitz, SSC, GMY HC, Fort, Miri dan UiTM Lion.

SENGIT…Aksi sebahagian pemain pasukan kategori lelaki.

Suara Sarawak