KUCHING : Sarawak merekodkan 267 kes baharu Covid-19 pada minggu epid ke-23 dengan Kuching mencatat jumlah tertinggi iaitu 96 kes.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata, jumlah kumulatif kes setakat ini ialah 306,992 berbanding 306,725 minggu ke 22 epid.

Dalam pada itu, Miri merekodkan sebanyak 32 kes diikuti Sibu dan Bintulu masing-masing 26 kes manakala, Samarahan dan Serian, 13 dan 11 kes.

Sebanyak 20 daerah pula mencatatkan satu angka.

Hanya satu kematian direkodkan di Bintulu.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar kekal berwaspada selain mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak