KUCHING: Sarawak merekodkan 325 kes baharu Covid-19 pada minggu epid ke-24 dengan Kuching mencatat jumlah tertinggi iaitu 104 kes.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini meningkat iaitu 307,317 berbanding 306,992 minggu ke 23 epid.

Daripada jumlah kes baharu itu katanya, Miri mencatat 46 kes, Sibu (58), Bintulu (30), Samarahan (13), Serian (16), Limbang (11) Bau (8), Sarikei (5) dan Saratok (4).

“Manakala bagi daerah Betong, Meradong dan Tebedu, masing-masing mencatatkan tiga kes.

“Sri Aman, Kapit, Selangau, Lawas, Subis, dan Sebauh pula masing-masing mencatatkan dua kes manakala satu kes direkodkan di Mukah, Lubok Antu, Tatau, Julau, Pakan, Belaga, Kanowit, Asajaya dan Marudi,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN memaklumkan sepanjang minggu epid ke-24 terdapat satu kematian baharu dicatatkan di daerah Sibu.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak