KUCHING: Sarawak mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 sepanjang minggu epid ke-25 dengan 354 kes berbanding 325 kes pada minggu epid ke-24.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes kini sebanyak 307, 671 kes.

Daripada jumlah kes baharu itu katanya, sebanyak 349 kes merupakan kategori klinikal satu dan dua manakala selebihnya adalah kes kategori tiga, empat dan lima.

“Kuching mencatatkan kes tertinggi dengan 97 kes diikuti Miri yang mencatat 62 kes, Sibu (55), Bintulu (37), Serian (15), Samarahan (13), Sri Aman serta Sarikei (7), Bau (6) dan Betong (5).

“Bagi daerah Saratok, Mukah, Dalat dan Simunjan pula, masing-masing mencatatkan empat kes dan Selangau, Lawas dan Lundu pula masing-masing mencatatkan tiga kes.

“Limbang, Subis, Sebauh, Lubok Antu, Tatau, Marudi dan Daro pula masing-masing mencatatkan dua kes manakala satu kes direkodkan di Meradong, Tebedu, Kapit, Julau, Belaga, Kanowit, Kabong, Beluru, Song dan Bukit Mabong,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN memaklumkan sepanjang minggu epid ke-25 tiada kematian dicatatkan di Sarawak.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak