Keadaan kapal mangsa yang dilaporkan karam di Batang Igan pagi tadi.

SIBU : Dua lelaki dilaporkan hilang selepas sebuah kapal yang membawa muatan pasir karam berhampiran Kampung Bungan Kecil, di Batang Igan awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, memberitahu, kedua-dua mangsa yang masing – masing berusia 20 tahun itu merupakan seorang warga tempatan dan seorang lagi warganegara Indonesia.

Sementara dua lagi pekerja yang berusia 40 dan 50 tahun, warga tempatan dilaporkan selamat.

“PGO terima laporan kejadian daripada Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah pada jam 6.05 pagi sebelum mengarahkan BBP Mukah untuk bergerak ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, seorang penduduk yang menyedari kejadian bertindak menghampiri lokasi sebelum berjaya menyelamatkan dua anak kapal terbabit.

Difahamkan, dia cuba menyelamatkan dua lagi rakan mangsa namun gagal sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk mendapat bantuan.

“Mangsa dipercayai masih terperangkap di dalam kapal terbabit,” katanya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak